Belajar Qiraat
Asas Qiraat
Sunday, May 15, 2016
Bab Idgham Kabir
Idgham ialah melafazkan atau menyebut dua huruf, menjadi satu huruf yang bertasydid (memasukkan huruf pertama ke dalam huruf yang kedua).
Sebab-sebab yang mengharuskan Idgham:
1- Apabila bertemu dua huruf yang sama tempat keluar (makhraj) dan sifat-sifatnya, seperti huruf Ba' bertemu Ba'.
2- Apabila bertemu dua huruf yang sama tempat keluarnya, tetapi berlainan sifat-sifatnya, seperti huruf Tho' bertemu Dal.
3- Apabila bertemu dua huruf yang berhampiran tempat keluar dan sifat-sifatnya, seperti huruf Dal bertemu Sin.
Jenis-jenis Idgham:
1- Idgham Kabir, iaitu apabila huruf yang diidghamkan itu berbaris, contohnya [لذهب بسمعهم]
2- Idgham Saghir, iaitu apabila huruf yang diidghamkan itu sukun, contohnya [لهم مثلا]
Masuk Syarah
Oleh Abu Amru al-Basri (yang dimaksudkan dengan Abu Amru di dalam Qasidah ini ialah, khusus bagi riwayat al-Susi sahaja, sebagaimana yang disebutkan oleh Imam al-Sakhawi dan disepakati oleh Imam al-Syatibi).
Di dalam bab Idgham Kabir inilah, beliau menaqalkan bacaan dan menjadikannya hujah.
Apabila bertemu dua huruf yang sama di dalam satu kalimah, al-Susi hanya membaca dengan Idgham pada dua tempat sahaja dalam al-Quran iaitu [فاذا قضيتم مناسككم] dalam surah al-Baqarah dan [وما سلككم] dalam surah al-Muddaththir.
Adapun pada tempat-tempat yang lain seperti [بشرككم], dan [أتحاجوننا], dan sebagainya, beliau tidak membaca dengan Idgham, tetapi dengan Izhar sahaja seperti Qurra' yang lain.
Sekiranya bertemu dua huruf yang sama di dalam dua kalimah iaitu huruf yang pertama pada akhir kalimah, sementara huruf yang kedua pula pada awal kalimat yang selepasnya.
Maka hendaklah diidghamkan huruf yang pertama itu ke dalam huruf yang kedua.
Contohnya seperti [وطبع على قلوبهم], dan [فيه هدى], dan [يعلم ما], dan [والعفو وامر].
Ditegah membaca dengan Idgham apabila huruf yang pertama itu ialah huruf Ta' Mukhbar seperti [كنت ترابا].
Atau huruf yang pertama itu ialah Ta' Mukhatab seperti [أنت تكره]
Atau huruf yang pertama itu bertanwin seperti [واسع عليم]
Ataupun huruf yang pertama itu bertasydid seperti [فتم ميقات].
Contoh-contoh yang telah disebutkan di atas.
Ulama al-Quran yang berpegang dengan riwayat al-Susi, membaca dengan Izhar pada huruf Kaf daripada firman Allah SWT [فلا يحزنك كفره].
Ini disebabkan oleh huruf Nun yang terletak sembelum huruf Kaf, kerana hukumnya adalah Ikhfa' dan juga untuk mengelokkan kalimah tersebut dengan mengekalkan bentuk asalnya.
Ulama al-Quran yang berpegang dengan al-Susi harus membaca dengan dua wajah, iaitu sama ada dengan Izhar atau Idgham.
Pada semua kalimah yang bertemu dua huruf yang sama, tetapi terdapat satu huruf lain yang dibuang di antara dua kalimah tersebut.
*** will be continued ***

Bab Surah Ummu Al-Quran
*** need to edit ***
Kalimah [مالك] pada [مالك يوم الدين], Qurra' yang membaca dengan panjang iaitu dengan mengithbatkan huruf Alif selepas huruf mim ialah al-Kisaei dan Asim, sementara Qurra' yang lain membaca dengan pendek iaitu menghadafkan huruf alif tersebut.
Kalimah [صراط] dan [الصراط] di mana-mana sahaja di dalam al-Quran. Qunbul pula membaca dengan huruf Sin menggantikan huruf Shod.
Kedua-dua kalimah tersebut juga, Khalaf membaca dengan Isymam iaitu dengan membunyikan huruf Shod sepertu huruf Zai di mana-mana sahaja dalam al-Quran.
Dan Khallad pula membaca dengan Isymam hanya pada kalimah [الصراط] yang pertama sahaja di dalam al-Quran iaitu [اهدنا الصراط المستقيم]. Sementara Qurra' yang lain membaca huruf Shod pada kalimah-kalimah tersebut.
Kalimah [اليهم] ,[عليهم], [لديهم ] di mana-mana sahaja di dalam al-Quran, Hamzah membaca dengan Dhammah pada semua huruf Ha' tersebut.
Sama ada ketika bacaan waqaf atau wasal. Sementara Qurra' yang lain pula membaca dengan kasrah pada huruf-huruf Ha' tersebut kecuali al-Kisaei yang membaca sama seperti Hamzah ketika bacaan wasal apabila selepas huruf Mim Jama' terdapat huruf yang sukun yang akan datang diterangkan nanti.
Dan membaca dengan Dhammah pada huruf Mim Jama' serta menyambungkannnya (Silah) dengan huruf Waw, apabila selepas Mim Jama' tersebut terdapat huruf berbaris seperti [هم يوقنون - عليهم ءأنذرتهم] dan seumpamanya.
Dibaca oleh Ibn Kathir tanpa khilaf dan Qalun dengan Khilaf (dua wajah bacaan) iaitu sama ada menyambungkannya seperti Ibn Kathir ataupun tidak seperti Qurra' yang lain.
Bagi Warsy pula, beliau juga membaca dengan menyambungkan Mim Jama' tersebut apabila selepasnya terdapat huruf Hamzah Qata' seperti [عليهم ءأنذرتهم].
Sementara Qurra' yang lain pula membaca dengan sukun pada Mim Jama' tersebut. Keadaan yang disebutkan di atas hanyalah berlaku apabila bacaan wasal sahaja, manakala ketika bacaan waqaf, semua Qurra' membaca dengan sukun pada mim Jama' tersebut,
Semua Qurra' membaca dengan Dhammah pada Mim Jama' tanpa menyambungkannya (Silah) dengan huruf Waw apabila selepasnya terdapat huruf yang sukun.
Melainkan Abu Amru yang membaca dengan Kasrah selepas huruf Ha' tersebut (Mim Jama')
Dengan syarat sebelum huruf Ha' itu terdapat huruf yang Kasrah, ataupun terdapat huruf Ya' sukun ketika bacaan wasal.
Dan ketika bacaan wasal juga, Hamzah dan al-Kisaei membaca Dhammah pada huruf Ha' tersebut.
Contohnya seperti [بهم الاسباب] dan [عليهم القتال].
Adapun ketika bacaan waqaf, semua Qurra' membaca dengan Kasrah pada huruf Ha', melainkan Hamzah (telah diterangkan di atas).

Bab Bacaan Basmalah
Imam Ibn Kathir [دهز], Imam Asim [نصع], Imam al-Kisaei [رست], Rawi Qalun [ب] membaca dengan Basmalah [بسم الله الرحمن الرحيم] sebagai pemisah antara dua surah.
Imam Hamzah [فضق] membaca dengan terus sambung tanpa Basmalah bacaan akhir dan awal surah. Ini kerana bagi Imam Hamzah al-Quran itu seperti satu surah sahaja.
Imam Abu Amru [حطي], Imam Ibn Amir [كلم], dan Rawi Warsy [ج] mempunyai tiga wajah pilihan iaitu sambung tanpa Basmalah, Saktah tanpa Basmalah, dan Saktah dengan Basmalah. Bacaan secara Saktah adalah lebih diutamakan berbanding bacaan lain.
Basmalah pada Surah Al-Taubah
Semua Qurra' tidak membaca Basmalah ketika memulakan bacaan pada awal surah al-Taubah atau menyambungkan awal surah al-Taubah dengan akhir ayat surah al-Anfal. Ini adalah disebabkan surah tersebut diturunkan semasa peperangan, sedangkan Basmalah adalah ayat yang diturunkan semasa dalam keadaan aman yakni tiada peperangan.
Sekiranya disambungkan akhir surah al-Anfal dengan awal surah al-Taubah, maka semua Qurra' membaca dengan tiga wajah bacaan iaitu berhenti, Saktah, dan sambung. Pendapat ini dikemukakan oleh Syeikh al-'Allamah al-Mutawalli dan dipersetujui oleh Imam ibn al-Jazari.
Memulakanlah Bacaan Surah dengan Basmalah
Sebelum memulakan bacaan surah, kita hendaklah membaca Basmalah (melainkan pada surah al-Taubah) sama ada mengikut Qurra' yang ada wajah Basmalah ataupun tiada sebagaimana yang termaktub dalam mashaf al-Quran.
Ketika bacaan ayat di pertengahan surah, kita boleh memilih sama ada hendak membaca Basmalah atau tidak. Ulama al-Iraqiyyin memilih dengan bacaan Basmalah, sementara Ulama al-Magharibah memilih dengan meninggalkannnya.
Selepas mengakhiri bacaan surah, kita ditegah untuk berhenti dengan bacaan Basmalah. Ini adalah kerana Basmalah itu hanyalah untuk permulaan surah bukan untuk kesudahannya.
==========================
Bacaan Saktah = berhenti seketika tanpa bernafas dengan kadar dua harakat
أبج
Nafi'
Qalun - membaca Basmalah
Warsy - tiga wajah pilihan termasuk saktah
دهز
Ibn Kathir - membaca Basmalah
حطي
Abu Amru - tiga wajah pilihan termasuk saktah
ad-Duri
as-Susi
كلم
Ibn Amir - tiga wajah pilihan termasuk saktah
Hisyam
Ibn Zakwan
نصع
Asim - membaca Basmalah
Syu'bah
Hafs
فضق
Hamzah - tidak membaca Basmalah, terus sambung
Kholaf
Kholad
رست
al-Kisaei - membaca Basmalah
Abu al-Harith

al-Bazzi
Qunbulحطي

Bab Bacaan Isti'azah
Apabila kamu (Qari) hendak membaca al_Quran pada bila-bila masa sahaja
Maka hendaklah kamu membaca (memulainya) dengan Isti'azah iaitu meminta pelindungan kepada Allah SWT daripada syaitan yang direjam dengan suara yang terang dan bacaan ini disepakati semua Qurra'.
Lafaz Isti'azah adalah (sebagaimana yang tersebut dalam surah an-Nahl iaitu [أعوذ بالله من الشيطان الرجيم] dengan tiada sebarang penambahan kerana lafaz tersebut senang dan mudah.
Sekiranya kamu ingin menambah lafaz tersebut dengan tujuan memuliakan Allah seperti [أعوذ بالله السميع العليم من الشيطان الرجيم] dan yang seumpamanya.
Maka ia bukanlah menjadi satu perkara yang bodoh dan menjadi kesalahan, kerana ada setengah riwayat yang membolehkannya.

Subscribe to:
Posts (Atom)