*** need to edit ***
Kalimah [مالك] pada [مالك يوم الدين], Qurra' yang membaca dengan panjang iaitu dengan mengithbatkan huruf Alif selepas huruf mim ialah al-Kisaei dan Asim, sementara Qurra' yang lain membaca dengan pendek iaitu menghadafkan huruf alif tersebut.
Kalimah [صراط] dan [الصراط] di mana-mana sahaja di dalam al-Quran. Qunbul pula membaca dengan huruf Sin menggantikan huruf Shod.
Kedua-dua kalimah tersebut juga, Khalaf membaca dengan Isymam iaitu dengan membunyikan huruf Shod sepertu huruf Zai di mana-mana sahaja dalam al-Quran.
Dan Khallad pula membaca dengan Isymam hanya pada kalimah [الصراط] yang pertama sahaja di dalam al-Quran iaitu [اهدنا الصراط المستقيم]. Sementara Qurra' yang lain membaca huruf Shod pada kalimah-kalimah tersebut.
Kalimah [اليهم] ,[عليهم], [لديهم ] di mana-mana sahaja di dalam al-Quran, Hamzah membaca dengan Dhammah pada semua huruf Ha' tersebut.
Sama ada ketika bacaan waqaf atau wasal. Sementara Qurra' yang lain pula membaca dengan kasrah pada huruf-huruf Ha' tersebut kecuali al-Kisaei yang membaca sama seperti Hamzah ketika bacaan wasal apabila selepas huruf Mim Jama' terdapat huruf yang sukun yang akan datang diterangkan nanti.
Dan membaca dengan Dhammah pada huruf Mim Jama' serta menyambungkannnya (Silah) dengan huruf Waw, apabila selepas Mim Jama' tersebut terdapat huruf berbaris seperti [هم يوقنون - عليهم ءأنذرتهم] dan seumpamanya.
Dibaca oleh Ibn Kathir tanpa khilaf dan Qalun dengan Khilaf (dua wajah bacaan) iaitu sama ada menyambungkannya seperti Ibn Kathir ataupun tidak seperti Qurra' yang lain.
Bagi Warsy pula, beliau juga membaca dengan menyambungkan Mim Jama' tersebut apabila selepasnya terdapat huruf Hamzah Qata' seperti [عليهم ءأنذرتهم].
Sementara Qurra' yang lain pula membaca dengan sukun pada Mim Jama' tersebut. Keadaan yang disebutkan di atas hanyalah berlaku apabila bacaan wasal sahaja, manakala ketika bacaan waqaf, semua Qurra' membaca dengan sukun pada mim Jama' tersebut,
Semua Qurra' membaca dengan Dhammah pada Mim Jama' tanpa menyambungkannya (Silah) dengan huruf Waw apabila selepasnya terdapat huruf yang sukun.
Melainkan Abu Amru yang membaca dengan Kasrah selepas huruf Ha' tersebut (Mim Jama')
Dengan syarat sebelum huruf Ha' itu terdapat huruf yang Kasrah, ataupun terdapat huruf Ya' sukun ketika bacaan wasal.
Dan ketika bacaan wasal juga, Hamzah dan al-Kisaei membaca Dhammah pada huruf Ha' tersebut.
Contohnya seperti [بهم الاسباب] dan [عليهم القتال].
Adapun ketika bacaan waqaf, semua Qurra' membaca dengan Kasrah pada huruf Ha', melainkan Hamzah (telah diterangkan di atas).
*** need to edit ***
No comments:
Post a Comment