Pages

Sunday, May 15, 2016

Bab Bacaan Basmalah

Imam Ibn Kathir [دهز], Imam Asim [نصع], Imam al-Kisaei [رست], Rawi Qalun [بmembaca dengan Basmalah [بسم الله الرحمن الرحيم] sebagai pemisah antara dua surah.

Imam Hamzah [فضقmembaca dengan terus sambung tanpa Basmalah bacaan akhir dan awal surah. Ini kerana bagi Imam Hamzah al-Quran itu seperti satu surah sahaja.

Imam Abu Amru [حطي], Imam Ibn Amir [كلم], dan Rawi Warsy [جmempunyai tiga wajah pilihan iaitu sambung tanpa Basmalah, Saktah tanpa Basmalah, dan Saktah dengan Basmalah. Bacaan secara Saktah adalah lebih diutamakan berbanding bacaan lain.

Basmalah pada Surah Al-Taubah

Semua Qurra' tidak membaca Basmalah ketika memulakan bacaan pada awal surah al-Taubah atau menyambungkan awal surah al-Taubah dengan akhir ayat surah al-Anfal. Ini adalah disebabkan surah tersebut diturunkan semasa peperangan, sedangkan Basmalah adalah ayat yang diturunkan semasa dalam keadaan aman yakni tiada peperangan.

Sekiranya disambungkan akhir surah al-Anfal dengan awal surah al-Taubah, maka semua Qurra' membaca dengan tiga wajah bacaan iaitu berhenti, Saktah, dan sambung. Pendapat ini dikemukakan oleh Syeikh al-'Allamah al-Mutawalli dan dipersetujui oleh Imam ibn al-Jazari.

Memulakanlah Bacaan Surah dengan Basmalah

Sebelum memulakan bacaan surah, kita hendaklah membaca Basmalah (melainkan pada surah al-Taubah) sama ada mengikut Qurra' yang ada wajah Basmalah ataupun tiada sebagaimana yang termaktub dalam mashaf al-Quran.

Ketika bacaan ayat di pertengahan surah, kita boleh memilih sama ada hendak membaca Basmalah atau tidak. Ulama al-Iraqiyyin memilih dengan bacaan Basmalah, sementara Ulama al-Magharibah memilih dengan meninggalkannnya.

Selepas mengakhiri bacaan surah, kita ditegah untuk berhenti dengan bacaan Basmalah. Ini adalah kerana Basmalah itu hanyalah untuk permulaan surah bukan untuk kesudahannya.


==========================

Bacaan Saktah = berhenti seketika tanpa bernafas dengan kadar dua harakat

أبج
Nafi'
Qalun - membaca Basmalah
Warsy - tiga wajah pilihan termasuk saktah

دهز
Ibn Kathir - membaca Basmalah
al-Bazzi
Qunbul

حطي
Abu Amru - tiga wajah pilihan termasuk saktah
ad-Duri
as-Susi

كلم
Ibn Amir - tiga wajah pilihan termasuk saktah
Hisyam
Ibn Zakwan

نصع
Asim - membaca Basmalah
Syu'bah
Hafs

فضق
Hamzah - tidak membaca Basmalah, terus sambung
Kholaf
Kholad

رست
al-Kisaei - membaca Basmalah
Abu al-Harith
ad-Duri

No comments:

Post a Comment