Apabila kamu (Qari) hendak membaca al_Quran pada bila-bila masa sahaja
Maka hendaklah kamu membaca (memulainya) dengan Isti'azah iaitu meminta pelindungan kepada Allah SWT daripada syaitan yang direjam dengan suara yang terang dan bacaan ini disepakati semua Qurra'.
Lafaz Isti'azah adalah (sebagaimana yang tersebut dalam surah an-Nahl iaitu [أعوذ بالله من الشيطان الرجيم] dengan tiada sebarang penambahan kerana lafaz tersebut senang dan mudah.
Sekiranya kamu ingin menambah lafaz tersebut dengan tujuan memuliakan Allah seperti [أعوذ بالله السميع العليم من الشيطان الرجيم] dan yang seumpamanya.
Maka ia bukanlah menjadi satu perkara yang bodoh dan menjadi kesalahan, kerana ada setengah riwayat yang membolehkannya.
No comments:
Post a Comment