Idgham ialah melafazkan atau menyebut dua huruf, menjadi satu huruf yang bertasydid (memasukkan huruf pertama ke dalam huruf yang kedua).
Sebab-sebab yang mengharuskan Idgham:
1- Apabila bertemu dua huruf yang sama tempat keluar (makhraj) dan sifat-sifatnya, seperti huruf Ba' bertemu Ba'.
2- Apabila bertemu dua huruf yang sama tempat keluarnya, tetapi berlainan sifat-sifatnya, seperti huruf Tho' bertemu Dal.
3- Apabila bertemu dua huruf yang berhampiran tempat keluar dan sifat-sifatnya, seperti huruf Dal bertemu Sin.
Jenis-jenis Idgham:
1- Idgham Kabir, iaitu apabila huruf yang diidghamkan itu berbaris, contohnya [لذهب بسمعهم]
2- Idgham Saghir, iaitu apabila huruf yang diidghamkan itu sukun, contohnya [لهم مثلا]
Masuk Syarah
Oleh Abu Amru al-Basri (yang dimaksudkan dengan Abu Amru di dalam Qasidah ini ialah, khusus bagi riwayat al-Susi sahaja, sebagaimana yang disebutkan oleh Imam al-Sakhawi dan disepakati oleh Imam al-Syatibi).
Di dalam bab Idgham Kabir inilah, beliau menaqalkan bacaan dan menjadikannya hujah.
Apabila bertemu dua huruf yang sama di dalam satu kalimah, al-Susi hanya membaca dengan Idgham pada dua tempat sahaja dalam al-Quran iaitu [فاذا قضيتم مناسككم] dalam surah al-Baqarah dan [وما سلككم] dalam surah al-Muddaththir.
Adapun pada tempat-tempat yang lain seperti [بشرككم], dan [أتحاجوننا], dan sebagainya, beliau tidak membaca dengan Idgham, tetapi dengan Izhar sahaja seperti Qurra' yang lain.
Sekiranya bertemu dua huruf yang sama di dalam dua kalimah iaitu huruf yang pertama pada akhir kalimah, sementara huruf yang kedua pula pada awal kalimat yang selepasnya.
Maka hendaklah diidghamkan huruf yang pertama itu ke dalam huruf yang kedua.
Contohnya seperti [وطبع على قلوبهم], dan [فيه هدى], dan [يعلم ما], dan [والعفو وامر].
Ditegah membaca dengan Idgham apabila huruf yang pertama itu ialah huruf Ta' Mukhbar seperti [كنت ترابا].
Atau huruf yang pertama itu ialah Ta' Mukhatab seperti [أنت تكره]
Atau huruf yang pertama itu bertanwin seperti [واسع عليم]
Ataupun huruf yang pertama itu bertasydid seperti [فتم ميقات].
Contoh-contoh yang telah disebutkan di atas.
Ulama al-Quran yang berpegang dengan riwayat al-Susi, membaca dengan Izhar pada huruf Kaf daripada firman Allah SWT [فلا يحزنك كفره].
Ini disebabkan oleh huruf Nun yang terletak sembelum huruf Kaf, kerana hukumnya adalah Ikhfa' dan juga untuk mengelokkan kalimah tersebut dengan mengekalkan bentuk asalnya.
Ulama al-Quran yang berpegang dengan al-Susi harus membaca dengan dua wajah, iaitu sama ada dengan Izhar atau Idgham.
Pada semua kalimah yang bertemu dua huruf yang sama, tetapi terdapat satu huruf lain yang dibuang di antara dua kalimah tersebut.
*** will be continued ***
terima kasih....sangat membantu
ReplyDelete