Sunday, May 15, 2016
Bab Idgham Kabir
Idgham ialah melafazkan atau menyebut dua huruf, menjadi satu huruf yang bertasydid (memasukkan huruf pertama ke dalam huruf yang kedua).
Sebab-sebab yang mengharuskan Idgham:
1- Apabila bertemu dua huruf yang sama tempat keluar (makhraj) dan sifat-sifatnya, seperti huruf Ba' bertemu Ba'.
2- Apabila bertemu dua huruf yang sama tempat keluarnya, tetapi berlainan sifat-sifatnya, seperti huruf Tho' bertemu Dal.
3- Apabila bertemu dua huruf yang berhampiran tempat keluar dan sifat-sifatnya, seperti huruf Dal bertemu Sin.
Jenis-jenis Idgham:
1- Idgham Kabir, iaitu apabila huruf yang diidghamkan itu berbaris, contohnya [لذهب بسمعهم]
2- Idgham Saghir, iaitu apabila huruf yang diidghamkan itu sukun, contohnya [لهم مثلا]
Masuk Syarah
Oleh Abu Amru al-Basri (yang dimaksudkan dengan Abu Amru di dalam Qasidah ini ialah, khusus bagi riwayat al-Susi sahaja, sebagaimana yang disebutkan oleh Imam al-Sakhawi dan disepakati oleh Imam al-Syatibi).
Di dalam bab Idgham Kabir inilah, beliau menaqalkan bacaan dan menjadikannya hujah.
Apabila bertemu dua huruf yang sama di dalam satu kalimah, al-Susi hanya membaca dengan Idgham pada dua tempat sahaja dalam al-Quran iaitu [فاذا قضيتم مناسككم] dalam surah al-Baqarah dan [وما سلككم] dalam surah al-Muddaththir.
Adapun pada tempat-tempat yang lain seperti [بشرككم], dan [أتحاجوننا], dan sebagainya, beliau tidak membaca dengan Idgham, tetapi dengan Izhar sahaja seperti Qurra' yang lain.
Sekiranya bertemu dua huruf yang sama di dalam dua kalimah iaitu huruf yang pertama pada akhir kalimah, sementara huruf yang kedua pula pada awal kalimat yang selepasnya.
Maka hendaklah diidghamkan huruf yang pertama itu ke dalam huruf yang kedua.
Contohnya seperti [وطبع على قلوبهم], dan [فيه هدى], dan [يعلم ما], dan [والعفو وامر].
Ditegah membaca dengan Idgham apabila huruf yang pertama itu ialah huruf Ta' Mukhbar seperti [كنت ترابا].
Atau huruf yang pertama itu ialah Ta' Mukhatab seperti [أنت تكره]
Atau huruf yang pertama itu bertanwin seperti [واسع عليم]
Ataupun huruf yang pertama itu bertasydid seperti [فتم ميقات].
Contoh-contoh yang telah disebutkan di atas.
Ulama al-Quran yang berpegang dengan riwayat al-Susi, membaca dengan Izhar pada huruf Kaf daripada firman Allah SWT [فلا يحزنك كفره].
Ini disebabkan oleh huruf Nun yang terletak sembelum huruf Kaf, kerana hukumnya adalah Ikhfa' dan juga untuk mengelokkan kalimah tersebut dengan mengekalkan bentuk asalnya.
Ulama al-Quran yang berpegang dengan al-Susi harus membaca dengan dua wajah, iaitu sama ada dengan Izhar atau Idgham.
Pada semua kalimah yang bertemu dua huruf yang sama, tetapi terdapat satu huruf lain yang dibuang di antara dua kalimah tersebut.
*** will be continued ***

Bab Surah Ummu Al-Quran
*** need to edit ***
Kalimah [مالك] pada [مالك يوم الدين], Qurra' yang membaca dengan panjang iaitu dengan mengithbatkan huruf Alif selepas huruf mim ialah al-Kisaei dan Asim, sementara Qurra' yang lain membaca dengan pendek iaitu menghadafkan huruf alif tersebut.
Kalimah [صراط] dan [الصراط] di mana-mana sahaja di dalam al-Quran. Qunbul pula membaca dengan huruf Sin menggantikan huruf Shod.
Kedua-dua kalimah tersebut juga, Khalaf membaca dengan Isymam iaitu dengan membunyikan huruf Shod sepertu huruf Zai di mana-mana sahaja dalam al-Quran.
Dan Khallad pula membaca dengan Isymam hanya pada kalimah [الصراط] yang pertama sahaja di dalam al-Quran iaitu [اهدنا الصراط المستقيم]. Sementara Qurra' yang lain membaca huruf Shod pada kalimah-kalimah tersebut.
Kalimah [اليهم] ,[عليهم], [لديهم ] di mana-mana sahaja di dalam al-Quran, Hamzah membaca dengan Dhammah pada semua huruf Ha' tersebut.
Sama ada ketika bacaan waqaf atau wasal. Sementara Qurra' yang lain pula membaca dengan kasrah pada huruf-huruf Ha' tersebut kecuali al-Kisaei yang membaca sama seperti Hamzah ketika bacaan wasal apabila selepas huruf Mim Jama' terdapat huruf yang sukun yang akan datang diterangkan nanti.
Dan membaca dengan Dhammah pada huruf Mim Jama' serta menyambungkannnya (Silah) dengan huruf Waw, apabila selepas Mim Jama' tersebut terdapat huruf berbaris seperti [هم يوقنون - عليهم ءأنذرتهم] dan seumpamanya.
Dibaca oleh Ibn Kathir tanpa khilaf dan Qalun dengan Khilaf (dua wajah bacaan) iaitu sama ada menyambungkannya seperti Ibn Kathir ataupun tidak seperti Qurra' yang lain.
Bagi Warsy pula, beliau juga membaca dengan menyambungkan Mim Jama' tersebut apabila selepasnya terdapat huruf Hamzah Qata' seperti [عليهم ءأنذرتهم].
Sementara Qurra' yang lain pula membaca dengan sukun pada Mim Jama' tersebut. Keadaan yang disebutkan di atas hanyalah berlaku apabila bacaan wasal sahaja, manakala ketika bacaan waqaf, semua Qurra' membaca dengan sukun pada mim Jama' tersebut,
Semua Qurra' membaca dengan Dhammah pada Mim Jama' tanpa menyambungkannya (Silah) dengan huruf Waw apabila selepasnya terdapat huruf yang sukun.
Melainkan Abu Amru yang membaca dengan Kasrah selepas huruf Ha' tersebut (Mim Jama')
Dengan syarat sebelum huruf Ha' itu terdapat huruf yang Kasrah, ataupun terdapat huruf Ya' sukun ketika bacaan wasal.
Dan ketika bacaan wasal juga, Hamzah dan al-Kisaei membaca Dhammah pada huruf Ha' tersebut.
Contohnya seperti [بهم الاسباب] dan [عليهم القتال].
Adapun ketika bacaan waqaf, semua Qurra' membaca dengan Kasrah pada huruf Ha', melainkan Hamzah (telah diterangkan di atas).

Bab Bacaan Basmalah
Imam Ibn Kathir [دهز], Imam Asim [نصع], Imam al-Kisaei [رست], Rawi Qalun [ب] membaca dengan Basmalah [بسم الله الرحمن الرحيم] sebagai pemisah antara dua surah.
Imam Hamzah [فضق] membaca dengan terus sambung tanpa Basmalah bacaan akhir dan awal surah. Ini kerana bagi Imam Hamzah al-Quran itu seperti satu surah sahaja.
Imam Abu Amru [حطي], Imam Ibn Amir [كلم], dan Rawi Warsy [ج] mempunyai tiga wajah pilihan iaitu sambung tanpa Basmalah, Saktah tanpa Basmalah, dan Saktah dengan Basmalah. Bacaan secara Saktah adalah lebih diutamakan berbanding bacaan lain.
Basmalah pada Surah Al-Taubah
Semua Qurra' tidak membaca Basmalah ketika memulakan bacaan pada awal surah al-Taubah atau menyambungkan awal surah al-Taubah dengan akhir ayat surah al-Anfal. Ini adalah disebabkan surah tersebut diturunkan semasa peperangan, sedangkan Basmalah adalah ayat yang diturunkan semasa dalam keadaan aman yakni tiada peperangan.
Sekiranya disambungkan akhir surah al-Anfal dengan awal surah al-Taubah, maka semua Qurra' membaca dengan tiga wajah bacaan iaitu berhenti, Saktah, dan sambung. Pendapat ini dikemukakan oleh Syeikh al-'Allamah al-Mutawalli dan dipersetujui oleh Imam ibn al-Jazari.
Memulakanlah Bacaan Surah dengan Basmalah
Sebelum memulakan bacaan surah, kita hendaklah membaca Basmalah (melainkan pada surah al-Taubah) sama ada mengikut Qurra' yang ada wajah Basmalah ataupun tiada sebagaimana yang termaktub dalam mashaf al-Quran.
Ketika bacaan ayat di pertengahan surah, kita boleh memilih sama ada hendak membaca Basmalah atau tidak. Ulama al-Iraqiyyin memilih dengan bacaan Basmalah, sementara Ulama al-Magharibah memilih dengan meninggalkannnya.
Selepas mengakhiri bacaan surah, kita ditegah untuk berhenti dengan bacaan Basmalah. Ini adalah kerana Basmalah itu hanyalah untuk permulaan surah bukan untuk kesudahannya.
==========================
Bacaan Saktah = berhenti seketika tanpa bernafas dengan kadar dua harakat
أبج
Nafi'
Qalun - membaca Basmalah
Warsy - tiga wajah pilihan termasuk saktah
دهز
Ibn Kathir - membaca Basmalah
حطي
Abu Amru - tiga wajah pilihan termasuk saktah
ad-Duri
as-Susi
كلم
Ibn Amir - tiga wajah pilihan termasuk saktah
Hisyam
Ibn Zakwan
نصع
Asim - membaca Basmalah
Syu'bah
Hafs
فضق
Hamzah - tidak membaca Basmalah, terus sambung
Kholaf
Kholad
رست
al-Kisaei - membaca Basmalah
Abu al-Harith

al-Bazzi
Qunbulحطي

Bab Bacaan Isti'azah
Apabila kamu (Qari) hendak membaca al_Quran pada bila-bila masa sahaja
Maka hendaklah kamu membaca (memulainya) dengan Isti'azah iaitu meminta pelindungan kepada Allah SWT daripada syaitan yang direjam dengan suara yang terang dan bacaan ini disepakati semua Qurra'.
Lafaz Isti'azah adalah (sebagaimana yang tersebut dalam surah an-Nahl iaitu [أعوذ بالله من الشيطان الرجيم] dengan tiada sebarang penambahan kerana lafaz tersebut senang dan mudah.
Sekiranya kamu ingin menambah lafaz tersebut dengan tujuan memuliakan Allah seperti [أعوذ بالله السميع العليم من الشيطان الرجيم] dan yang seumpamanya.
Maka ia bukanlah menjadi satu perkara yang bodoh dan menjadi kesalahan, kerana ada setengah riwayat yang membolehkannya.

Monday, May 9, 2016
Biodata rawinya, Duri al-Kisaei
Nama: Hafs bin Umar bin Abd Aziz bin Subhan bin 'Ada bin Subhan ad-Duri al-Azdi al-Baghdadi
Tarikh lahir: Tahun 150H pada zaman al-Mansor
Tahun wafat: Tahun 246H pada zaman Mutawakkal
Kinayah: Abu 'Amru
Gelaran: Ad-Duri
Asal: Baghdad
Sifat peribadi:
- Seorang yang benar
- Perawi terawal yang membukukan Ilmu Qiraat
- Sebagai tempat rujukan di kalangan masyarakat pada zamannya kerana ketinggian sanad dan ilmunya
- Beliau juga seorang yang pakar dalam bidang hadith

Biodata rawinya, Abu al-Harith
Nama: Al-Laith bin Kholid al-Maruzy al-Baghdadi
Kinayah: Abu al-Harith
Tarikh wafat: 240 H
Keistimewaan:
- Sangat dipercayai (ثقة)
- Pakar dalam bidang Qiraat
Kinayah: Abu al-Harith
Tarikh wafat: 240 H
Keistimewaan:
- Sangat dipercayai (ثقة)
- Pakar dalam bidang Qiraat
Biodata Imam Kisaei
Nama: Ali bin Hamzah bin Abdullah bin Othman bin Fairuz
Tahun Lahir: 119 H
Tahun Wafat: 189 H
Kinayah: Abu Hassan
Gelaran: Kisaei
Keistimewaan:
- Di antara imam Qiraat tujuh
- Alim di bidang al-Quran dan al-Qiraat
- Alim dan imam di dalam ilmu Nahu dan Bahasa Arab

Biodata rawinya, Kholad
Nama: Kholad bin Khalid as Syaibani
Kinayah: Abu I'sa
Tarikh Lahir: 119 H atau 130 H
Tarikh Wafat: 220 H
Keistimewaan:
- Pakar ilmu Qiraat
- Seorang yang thiqah
- Berpengetahuan tinggi
- Pandai bertarannum
- Seorang yang diyakini
Kinayah: Abu I'sa
Tarikh Lahir: 119 H atau 130 H
Tarikh Wafat: 220 H
Keistimewaan:
- Pakar ilmu Qiraat
- Seorang yang thiqah
- Berpengetahuan tinggi
- Pandai bertarannum
- Seorang yang diyakini
Biodata rawinya, Kholaf
Nama: Kholaf bin Hisham bin Tha'lab bin Kholaf al Asadi al Baghdadi al Bazzar
Kinayah: Abu Muhammad
Tahun Lahir: 150 H
Tahun Wafat: 229 H di Baghdad
Keistimewaan:
- Telah menghafaz Al-Quran ketika umur 10 tahun
- Seorang yang thiqah
- Zuhud, alim dan kuat beribadat

Biodata Imam Hamzah
Nama: Hamzah bin Habib bin 'Amarah bin Ismail al Kufi at Tamimi
Tahun Lahir: 80 H
Tahun Wafat: 156 H, di Helwan, Iraq ketika berusia 76 tahun.
Kinayah: Abu A'marah
Keistimewaan:
- Salah seorang Imam Qiraat Tujuh
- Imam Qiraat di Kufah, Iraq.
- Setiap hujah-hujahnya boleh dipercayai
- Pakar dalam ilmu faraid
- Pakar dalam bahasa Arab
- Penghafaz hadis

Biodata rawinya, Hafs
Nama: Hafs bin Sulaiman bin al-Mughirah
Kinayah: Abu Umar
Tahun Lahir: 90 H
Tahun Wafat: 180 H
Keistimewaan:
- Berguru dengan 'Asim iaitu bapa tirinya
- Pakar dalam ilmu Qiraat
- Riwayat Hafs banyak digunakan sebagai bacaan di seluruh dunia

Biodata rawinya, Syu'bah
Nama: Syu'bah bin 'Ayash bin Salim al-Hanat al-Asadi an-Nahsyaly al-Kufi
Kinayah: Abu bakar
Tahun Lahir: 95 H
Tahun Wafat: 193 H
Keistimewaan:
- Imam besar di Kufah
- Ulama di kalangan Ahli Sunnah di Kufah
- Telah Khatam al-Quran 18000 kali

Biodata Imam 'Asim
Nama: 'Asim bin Abi Najud (abdullah)
Kinayah: Abu Bakar
Tahun Wafat: 127 H di Kufah
Keistimewaan:
- Salah seorang dari imam Qiraat tujuh
- Dari kalangan tabi'in
- Pakar dalam ilmu tajwid dan fasohah
- Mempunyai suara merdu
Kinayah: Abu Bakar
Tahun Wafat: 127 H di Kufah
Keistimewaan:
- Salah seorang dari imam Qiraat tujuh
- Dari kalangan tabi'in
- Pakar dalam ilmu tajwid dan fasohah
- Mempunyai suara merdu
Biodata rawinya, Ibnu Zakwan
Nama: Abdullah bin Ahmad bin Basyar (basyir) Ibnu Zakwan bin 'Amru
Tahun Lahir: 173 H
Tahun Wafat: 242 H
Kinayah: Abu Muhammad atau Abu Amru al-Dimasyhqi
Keistimewaan:
- Imam yang masyhur dan dipercayai di Syam
- Imam Masjid Dimasyq.

Biodata rawinya, Hisyam
Nama: Hisyam bin 'Umar bin Nasir bin Maisarah al-Silmi al-Dimayshqi
Tahun Lahir: 153 H
Tahun Wafat: 245 H
Kinayah: Abu al-Walid
Keistimewaan:
- Imam penduduk Damsyiq
- Khatib, guru qiraat dan pemidato di Damsyiq
- Seorang yang boleh dipercayai, kuat ingatan dan adil

Biodata Imam Ibnu 'Amir
Nama: Abdullah bin 'Amir bin Yazin bin Tamin bin Rubai'ah bin Amin al-Yahsobi
Tahun Lahir: 21 H. Setengah pendapat mengatakan pada tahun 8 H.
Tahun Wafat: 118 H
Kinayah: Abu 'Imran
Keistimewaan:
- Imam Qiraat dalam masyarakat Syam
- Gabenor, qadi dan imam di Damsyik
- Terbaik di kalangan Muslimin Tabi'in

Biodata rawinya, As-Susi
Nama: Soleh bin Ziad bin Abdullah bin Ismail bin Ibrahim bin al-Janud
Tahun Lahir: 170 H
Tahun Wafat: 261 H
Kinayah: Abu Syuaib
Sifat Peribadi:
- Seorang yang dhobit (kuat ingatan)
- Seorang yang dipercayai
- Rapat dengan gurunga
- Paling tua di kalangan sahabatnya
Tahun Lahir: 170 H
Tahun Wafat: 261 H
Kinayah: Abu Syuaib
Sifat Peribadi:
- Seorang yang dhobit (kuat ingatan)
- Seorang yang dipercayai
- Rapat dengan gurunga
- Paling tua di kalangan sahabatnya
Biodata rawinya, Duri
Nama: Hafs bin Umar bin Abd Aziz bin Subhan bin 'Ada bin Subhan ad-Duri al-Azdi al-Baghdadi
Tarikh lahir: Tahun 150H pada zaman al-Mansor
Tahun wafat: Tahun 246H pada zaman Mutawakkal
Kinayah: Abu 'Amru
Gelaran: Ad-Duri
Asal: Baghdad
Sifat peribadi:
- Seorang yang benar
- Perawi terawal yang membukukan Ilmu Qiraat
- Sebagai tempat rujukan di kalangan masyarakat pada zamannya kerana ketinggian sanad dan ilmunya
- Beliau juga seorang yang pakar dalam bidang hadith
Tarikh lahir: Tahun 150H pada zaman al-Mansor
Tahun wafat: Tahun 246H pada zaman Mutawakkal
Kinayah: Abu 'Amru
Gelaran: Ad-Duri
Asal: Baghdad
Sifat peribadi:
- Seorang yang benar
- Perawi terawal yang membukukan Ilmu Qiraat
- Sebagai tempat rujukan di kalangan masyarakat pada zamannya kerana ketinggian sanad dan ilmunya
- Beliau juga seorang yang pakar dalam bidang hadith
Biodata Imam Abu 'Amru
Nama: Zabban bin 'Ala bin 'Umar bin al-Iryan bin Abdullah bin al-Husin
Tahun Lahir: 68 atau 70H di Makkah
Tahun Wafat: 154H di Kufah, Iraq
Gelaran: Ibnu al-'Ala
Sifat peribadi:
- Seorang yang sangat dihormati di kalangan bangsa Arab
- Mendapat pujian daripada kebanyakan penyair di tanah Arab
- Pakar dalam bidang berkaitan al-Quran
- Seorang yang benar, dipercayai, amanah, zuhud, dan alim dalam bidang agama.
- Ulama' besar yang beramal dengan ilmunya
- Menjadi contoh dalam masyarakat Arab pada zamannya dalam ilmu Qiraat, Nahu dan Feqah.

Biodata diri rawi Warsh
Nama: Uthman bin Said bin Abdullah bin 'Amru bin Sulaiman bin Ibrahim
Tahun Lahir: 110H
Tahun Wafat: 197H. Pada zaman Khalifah al-Ma'mun dalam usianya 87 tahun di Mesir
Asal: Quirawan di daerah Saidi di Mesir
Nama Kedua: Abu Said
Gelaran: Warsh. Gelaran ini diberi oleh gurunya Imam Nafi' kerana putih kulitnya. Maksud Warsh adalah sesuatu yang diperbuat daripada susu.
Sifat-sifatnya:
- Seorang yang matang
- Biru kedua matanya
- Putih kulitnya
- Lincah pergerakannya
- Suka berjubah singkat
- Pakar bahasa Arab
- Memiliki suara merdu
- Menyumbangkan ilmunya di Mesir
Gurunya: Berguru dengan Imam Nafi' di Madinah

Biodata diri rawi Qalun
Nama: 'Isa bin Mina bin Wardan bin 'Isa bin Abd Samad bin Umar bin Abdullah ar-Zarqi
Tarikh Lahir: 120H
Tarikh Wafat: 220H
Nama kedua: Abu Musa
Gelaran: Qalun
Nasab: Anak Tiri Imam Nafi'
Ciri-cirinya:
- Mula bertalaqi dengan Imam Nafi' ketika berumur 30 tahun selama 20 tahun
- Qalun di dalam bahasa Rom bermaksud baik.
- Gelaran (Qalun) ini telah diberikan oleh gurunya Imam Nafi'
- Memilih Madinah Munawwarah sebagai tempat mengembangkan ilmunya
Sifat-sifat beliau:
- Bacaan al-Qurannya sangat baik.
- Boleh berbahasa Rom dengan baik
- Tidak pernah mendengar perkara-perkara maksiat.
- Mendengar dan membetulkan bacaan al-Quran yang salah dari Qari yang sedang membaca al-Quran
Biodata Imam Nafi'
Nama: Nafi' bin Abd Rahman bin Abi Na'im
Kuniyah: Abu Ruwim atau Abu Hassan atau Abu Abd' Rahman
Asal: Asbahan
Tarikh Lahir: Dalam lingkungan tahun 70H
Tarikh Wafat: 169H
Sifat-sifat peribadinya:
- Berkulit hitam
- Wajah yang mudah tersenyum
- Berakhlak mulia
- Suka bersenda gurau
- Imam Qiraat di Madinah

Biodata Imam Syatibi
Nama: Abu Qasim bin Firruh bin Kholaf bin Ahmad as-Syatibi al Andalusi
Tarikh lahir: 538 H di Syatibi satu daerah di andalus (Sepanyol)
Tarikh wafat: 28 JamadilAkhri 590 H dan dikebumikan di Jabal Muqottam Kaherah, Mesir.
Beliau telah menghafaz al-Quran dan bertalaqi ilmu Qiraat dari Abi Abdullah Muhammad bin Abi al'As.

Saturday, May 7, 2016
Pendahuluan Matan Al-Syatibiyyah
Di antara imam-imam qurra' yang terdiri daripada kalangan sahabat dan tabien tersebut, terdapat tujuh orang yang telah mencapai satu martabat yang tinggi, dan setiap orang daripada mereka mempunyai dua orang perawi. Mereka dipilih oleh para ulama yang telah mengkaji dan menyelidik tentang peribadi mereka dan mereka (qurra') itu semuanya adalah imam-imam yang cerdik melebihi sahabat-sahabat yang lain.
Adapun (imam pertama) yang dimuliakan dan disukai ramai kerana apabila dia berkata-kata dan membaca al-Quran, mulutnya akan mengeluarkan bau yang sangat wangi ialah Abu Ruaim Nafi' bin Abd Rahman al-Laitsi. Beliau memilih Madinah al-Munawwarah sebagai tempat tinggalnya (beliau merupakan Imam penduduk Madinah. Dilahirkan di Asfahan pada tahun 68 Hijrah dan meninggal dunia pada tahun 167 Hijrah pada usia 99 tahun).
Dan (perawi Nafi' yang pertama) Abu Musa Isa bin Mina dan beliau digelar dengan nama Qalun (disebabkan bacaannya yang sangat baik dan beliau dilahirkan dalam tahun 120 Hijrah dan meninggal dunia dalam tahun 205 Hijrah pada usia 85 tahun di Madinah).
Kemudian (perawi Nafi' yang kedua) Abu Said Uthman bin Said al-Misri dan beliau digelar dengan nama Warsy (disebabkan sangat putih tubuh badannya dan beliau dilahirkan pada tahun 110 Hijrah dan meninggal dunia pada tahun 197 Hijrah di Mesir pada usia 87 tahun).
Kedua-dua perawi tersebut memperolehi kemuliaan yang tinggi dengan berkat Imam Nafi' dan mereka mempelajari dan mendalami ilmu al-Quran daripadanya secara Musyafahah (mengambil terus bacaan daripadanya tanpa melalui perantaraan lain).
Dan (imam yang kedua) yang berasal dan dilahirkan di Makkah al-Mukarramah ialah Abu Ma'abad Abdullah bin Kathir al-Dari yang masyhur dengan gelaran Ibn Kathir (beliau dilahirkan pada tahun 45 Hijrah dan meninggal dunia pada tahun 120 Hijrah dalam usia 75 tahun)
Beliau merupakan Imam yang sangat berilmu dan memanfaatkan ilmunya kepada penduduk Makkah. Di samping itu, beliau merupakan Imam yang mulia dan sangat dihormati bertepatan dengan kemuliaan tempat tinggalnya iaitu Makkah al-Mukarramah,
(Perawi Ibn Kathir yang pertama) Abu al-Hassan Ahmad bin Muhammad Al-Bazzi (beliau dilahirkan pada tahun 170 Hijrah dan meninggal dunia pada tahun 255 Hijrah di kala usianya 85 tahun di Makkah al-Mukarramah.
Dan (Perawi Ibn Kathir yang kedua) Abu Amru Muhammad bin Abdul Rahman Al-Makhzumi (beliau dilahirkan pada tahun 170 Hijrah dan meninggal dunia pada tahun 291 Hijrah di Makkah pada usianya 76 tahun). Beliau digelar dengan gelaran Qunbul disebabkan kehebatannya tentang ilmu (akan tetapi kedua-dua perawi tersebut tidak mengambil bacaaan terus daripada Ibn Kathir secara Musyafahah, bahkan hanya melalui perantaraan. Al-Bazzi mengambil bacaan daripada al-Qawas daripada Wahab daripada al-Qist. Sementara al-Qist pula mengambil bacaan daripada dua orang guru iaitu Syabal dan Ma'aruf dan kedua-dua guru inilah yang mengambil bacaan daripada imam Ibn Kathir.
Adapun (Imam yang ketiga) yang dinisbahkan kepada keturunan Mazin ialah Zaban bin al-'Ala (beliau dilahirkan di Makkah al-Mukarramah pada tahun 69 Hijrah dan meninggal dunia di Kufah pada tahun 155 Hijrah dalam usia 86 tahun.
Beliau masyur dengan gelaran Abu Amru al-Basri (kerana beliau merupakan salah seorang Imam penduduk Basrah).
Bapanya bernama Al-'Ala bin Ummar al-Mazini.
Abu Amru banyak mengajarkan ilmunya kepada Yahya bin Al-Mubarak yang lebih terkenal dengan nama Yazidi. Ini disebabkan Yahya merupakan guru kepada anaknya.
Maka Yahya memperolehi banyak manfaat dan berkat hasil daripada berbagai-bagai ilmu yang diajarkan oleh Abu Amru al-Basri kepadanya.
Perawi Abu Amru yang pertama ialah Abu Umar Hafs bin Umar al-Duri al-Baghdadi yang masyhur dengan gelaran al-Duri (beliau dilahirkan pada tahun 152 Hijrah dan meninggal dunia pada tahun 246 Hijrah dalam usianya 94 tahun).
Perawi Abu Amru yang kedua ialah Abu Syuib Saleh bin Ziad al-Susi al-Ahwazi yang mashur dengan gelaran al-Susi (beliau meninggal dunia pada tahun 261 Hijrah).
Walaubagaimana pun kedua-dua perawi ini tidak mengambil bacaan terus daripada Abu Amru, bahkan melalui perantaraan Yahya al-Yazidi dan beliaulah yang mengambil bacaan terus daripada Abu Amru.
Dan Adapun (Imam yang keempat) yang berasal dari Damsyik Syam ialah Abi Imran Abdullah bin Amir bin Yazid bin Rabi'ah al-Yahsabiy (dikenali Ibn Amir dan beliau dilahirkan pada tahun 19 Hijrah dan meninggal dunia di Damsyik pada tahun 118 Hijrah pada usia 99 tahun).
Beliau telah mengajar kepada orang ramai perkara-perkara yang baik dan ramailah orang yang datang kepadanya untuk mengambil dan mempelajari ilmunya.
Perawi Ibn Amir yang pertama ialah Abu al-Walid Hisyam bin Ummar bin Nasir al-Salami (beliau dilahirkan pada tahun 154 Hijrah dan meninggal dunia di Damsyik pada tahun 246 Hijrah dalam usia 92 tahun).
Perawi Ibn Amir yang kedua ialah Abu Amru Abdullah bin Ahmad bin Basyir bin Zakwan al-Qarshi, yang lebih masyhur dengan gelaran Ibn Zakwan (beliau dilahirkan pada tahun 173 Hijrah dan meninggal dunia pada tahun 242 Hijrah di Damsyik dan ada pendapat yang mengatakan di Kufah pada usia 69 tahun.
Kedua-dua perawi ini tidak bermusyafahah terus daripada Ibn Amir, bahkan melalui perantaraan. Hisyam mengambil terus daripada 'Araq, manakalah Ibn Zakwan pula mengambil bacaaan daripada Ayub al-Tamimi. Sementara 'Araq dan Ayub pula mengambil bacaan daripada Yahaya al-Zimari dan Ibn Amir.
Dan imam-imam yang berasal dari Kufah yang diibaratkan seperti bulan yang memancarkan sinarannya disebabkan kemasyhurannya. Terdapat tiga imam semuanya,
Imam yang kelima yang berasal dari Kufah ialah Abu Bakr Asim bin Abi al-Najud al-Asadi (beliau meninggal dunia di Kufah dan ada pendapat yang mengatakan di Samawah pada tahun 128 Hijrah).
Dan (perawi Asim yang pertama) Abu Bakar Syu'bah bin 'Aiyash yang masyhur dengan gelaran Ibn 'Aiyash (beliau adalah seorang perawi yang mengatasi saudaranya dari segi kelebihan ilmu dan adab dan beliau dilahirkan pada tahun 94 Hijrah dan meniggal dunia pada tahun 193 Hijrah di Kufah pada usia 99 tahun).
Perawi Asim yang kedua ialah Abu Umar Hafs bin Sulaiman al-Kufi (beliau dilahirkan pada tahun 90 Hijrah dan meninggal dunia di Kufah pada tahun 180 Hijrah pada usia 90 tahun. Bacaan yang diperolehi oleh Hafs lebih Rajih (diterima) dan Dhabit (tepat) jika dibandingkan dengan saudaranya Syu'bah. Adapun kedua-dua perawi ini mengambil bacaan secara Musyafahah daripada Asim tanpa melalui perantaraan yang lain.
Dan (Imam yang keenam yang berasal daripada Kufah) Abu Umarah Hamzah bin Habib al-Ziyat al-Kufi (beliau dilahirkan pada tahun 80 Hijrah dan meninggal dunia di Helwan pada tahun 156 Hijrah pada usia 76 tahun.
Belia sentiasa bersifat dengan sifat terpuji seperti wara', sehinggakan beliau menjadi ikutan pada masa itu. Disamping itu juga, beliau merupakan seorang imam yang sabar dalam mentaati perintah Allah SWT dan menjaughi segala maksiat serta sentiasa membaca al-Quran.
Perawi Hamzah yang pertama ialah Abu Muhammad Khalaf bin Hisyam al-Bazzar (beliau meninggal dunia di Baghdad pada tahun 229 Hijrah).
Perawi Hamzah yang kedua ialah Abu Isa Khallad bin Khalid al-Sairafi (beliau meninggal dunia pada tahun 220 Hijrah)
Kedua-dua perawi ini tidak musyafahah terus daripada Hamzah, akan tetapi melalui perantaraan Abi Isa Salim bin Isa al-Hanafi al-Kufi. Sementara Salim pula mengambil bacaaan daripada Hamzah. Beliau adalah merupakan seorang menpunyai banyak ilmu lagi dipercayai.
Dan Adapun (Imam yang ketujuh yang juga berasal daripada Kufah) Abu al-Hassan Ali bin Hamzah al-Nahwi (beliau dilahirkan pada tahun 119 Hijrah dan meninggal dunia dalam tahun 189 Hijrah di Ranbawiyah ketika dalam perjalanan ke Khurasan bersama Harun al-Rasyid dan ketika itu beliau berusia 70 tahun). Beliau lebih masyhur dengan gelaran al-Kisa'i yang bermaksud 'baju' dan 'kain'.
Beliau digelarkan demikian adalah kerana ketika berihram beliau hanya memakai pakaian tersebut sahaja (tanpa memakai pakaian ihram).
Perawi al-Kisa'i yang pertama ialah Abu al-Harith al-Laith bin Khalid al-Baghdadi (beliau meninggal dunia di Baghdad pada tahun 240 Hijrah)
Dan perawi al-Kisa'i yang kedua ialah Abu Umah Hafs bin Umar al-Duri yang telah lalu disebutkan tentangnya kerana beliau merupakan salah seorang daripada perawi Imam Abu Amru al-Basri (Imam yang ketiga).
Abu Amru al-Mazini dan Ibn Amir al-Yahsabiy merupakan keturunan Arab yang asli.
Sementara baki lima orang Imam lagi adalah merupakan keturunan bukan Arab (A'ajam), di mana sesetengah di kalangan bapa-bapa mereka adalah tergolong daripada golongan hamba-hamba yang dimiliki.
Aku (penyusun) telah menjadikan semua huruf abjad selain huruf waw (و) sebagai rumuz bagi para Qurra' dan susunan sebagaimana mengikut Ulama al-Maghribah seperti berikut:
أبج، دهز، حطي، كلم، نصع، فضق، رست
Setiap seorang Qari iaitu tujuh Imam dan 14 orang perawi ada mempunyai tanda rumuz masing-masing dan susunannya adalah mengikut tertib. Berikut adalah rumuz-rumuz bagi Imam-imam Qurra' dan perawi-perawi mereka:
أبج : Rumuz bagi Nafi' dan dua perawinya iaitu Qalun dan Warsy.
دهز : Rumuz bagi Ibn Kathir dan dua perawinya iaitu al-Bazzi dan Qunbul.
حطي : Rumuz bagi Abu Amru dan dua perawinya iaitu al-Duri dan al-Susi.
كلم : Rumuz bagi Ibn Amir dan dua perawinya iaitu Hisyam dan Ibn Zakwan.
نصع : Rumuz bagi Asim dan dua perawinya iaitu Syu'bah dan Hafs
فضق : Rumuz bagi Hamzah dan dua perawinya iaitu Khalaf dan Khallad.
رست : Rumuz bagi al-Kisa'i dan dua perawinya iaitu Abu Harith dan al-Duri
Setelah selesai disebutkan huruf (iaitu lafaz al-Quran yang menjadi perselisihan), maka disebutkan pula para Qurra' dengan rumuz-rumuz mereka.
Maka apabila telah selesai rumuz-rumuz tersebut, maka didatangkan pula huruf waw (و) sebagai pemisah di antara masalah yang diperselisihkan itu.
Melainkan lafaz-lafaz yang tidak menjadi kesamaran apabila disambungkan.
Maka ketika itu, memadailah lafaz al-Quran tersebut yang menjadi pemisah di antara hukum sekiranya ia benar-benar nyata sebagai lafaz al-Quran.
Ada terdapat banyak tempat yang diulang-ulang huruf atau rumuz Qari sebelumnya. Ini disebabkan perkara-perkara yang mendatang seperti untuk mengelokkan lafaz atau menyempurnakan matan Qasidah, contohnya seperti lafaz [حلا حلا].
Perkara ini tidaklah menjadi satu kesalahan atau satu perkara yang susah kerana tiada berlaku kesamaran padanya.
Dan daripada huruf-huruf abjad itu juga, dijadikan rumuz kumpulan bagi Qurra' tertentu iaitu Huruf Tha "ث", rumuz bagi al-Kufi iaitu Asim, Hamzah dan al-Kisa'i.
Huruf Kha' "خ", rumuz bagi enam orang Qurra' iaitu selain daripada Nafi',
Huruf Zal "ذ", rumuz bagi Ibn Amir al-Syami dan al-Kufi
Huruf Zho "ظ", rumuz bagi al-Kufi dan Ibn Kathir al-Makki
Huruf Ghain "غ", rumuz bagi Abu Amru al-Basri dan al-Kufi.
Huruf Syin "ش", rumuz bagi Hamzah dan al-Kisa'i
Kalimah "صحبة", rumuz bagi Hamzah, al-Kisa'i dan Syu'bah
Kalimah "عم", rumuz bagi Nafi' al-Madani dan Ibn Amir al-Syami
Kalimah "سما", rumuz bagi Nafi', Abu Amru dan Ibn Kathir
Kalimah "حق", rumuz bagi Ibn Kathir al-Makki dan Abu Amru al-Basri.
Kalimah "نفر", rumuz bagi Ibn Kathir, Abu Amru dan Ibn Amir al-Yahsabi.
Kalimah "حرمي", rumuz bagi Ibn Kathir al-Makki dan Nafi' al-Madani.
Kalimah "حصن", rumuz bagi al-Kufi dan Nafi' al-Madani
Apabila didatangkan satu huruf atau kalimah daripada rumuz kumpulan, sama ada ia didatangkan atau selepas rumuz perseorangan.
Maka hendaklah diperhatikan kepada rumuz perseorangan tersebut. Sekiranya tidak mengenai kepada mana-mana Qurra' yang telah disebutkan dalam rumuz kumpulan, maka ia dikira sebagai rumuz. Tetapi sekiranya rumuz perseorangan tersebut telah mengenai kepada mana-mana Qurra' yang telah disebutkan dalam rumuz kumpulan, maka ia tidak dikira sebagai satu rumuz, akan tetapi sebagai lafaz untuk menyempurnakan Bait Qasidah sahaja.

Dan selepas itu akan didatangkan huruf Waw sebagai pemisah.
Semua wajah-wajah Qiraat ada mempunyai lawanan masing-masing dan di sinni akan dinyatakan wajah-wajah tersebut dan lawanannya.
Wajah-wajah qiraat tersebut adalah seperti Mad lawannya ialah Qasr, Ithbat lawannya Hazaf, Fathah lawannya ialah Imalah, Idgham lawannya ialah Izhar.
Dan Hamzah lawannya ialah buang Hamzah, Naqal lawannya ialah kekalkan baris, Ikhtilas lawannya ialah membunyikan barisnya dengan sempurna.
Dan Jazam lawannya ialah Dhammah, Tazkir lawannya ialah Ta'nith, Ghaib lawannya ialah Khitab, Khafif lawannya ialah Tasydid.
Dan Jama' lawannya ialah Mufrad, Tanwin lawannya ialah dibuangkan Tanwin, Tahrik lawannya ialah Sukun. Semua contoh-contoh yang disebutkan adalah berlawanan antara satu sama lain melainkan Jazam lawannya ialah Dhammah. Akan tetapi baris Dhammah pula lawannya bukan Jazam. Begitu juga dengan Tahrik lawannya ialah Sukun, tetapi lawan Sukun tak semestinya Tahrik. Bab ini akan dijelaskan pada bahagian akan datang, Insya Allah.
Sebarang huruf yang disebutkan berbaris/Tahrik, tetapi tidak disebutkan apa barisnya, maka baris yang dimaksudkan di situ ialah Fathah.
Dan pada ketika itu, lawannya ialah Sukun. Sekiranya Sukun tersebut tiada lawannya yang lain selain daripada Fathah dan sekiranya Sukun itu ada lawannya yang lain, maka ianya akan disebut dalam Qasidah.
Terdapat huruf yang mempunyai persamaan yang hampir dan dianggap bersaudara kerana keadaa nya yang berlawanan antara satu sama lain iaitu huruf Nun dan Ya', Sekiranya sesetengah Qurra' membaca dengan huruf Nun, maka bacaan Qurra' yang lain ialah dengan huruf Ya' dan begitulah sebaliknya.
Dan baris yang dianggap bersaudara pula ialah antara Fathah dan Kasrah. Sekiranya sesetengah Qurra' membaca dengan Fathah, maka bacaan Qurra' yang lain pula ialah dengan Kasrah dan begitulah sebaliknya.
Sekiranya disebutkan bahawa sesetengah Qurra itu membaca dengan Dhammah, kemudian tidak disebutkan pula bacaan Qurra' yang lain.
Maka bacaan Qurra' yang lain tersebut ialah dengan Fathah.
Di dalam Qasidah terdapat lafaz yang menunjukkan sama ada Marfu atau lawannya, juga sama ada Muzakkar atau lawannya dan juga sama ada Ghaibah atau lawannya tanpa disebutkan oleh salah satu daripada keduanya,
Oleh itu, sekiranya didatangkan sesuatu kalimah yang tidak ditentukan sama ada kalimah tersebut Marfu' atau Mansub, maka yang dimaksudkan di situ ialah Marfu'. Begitu juga sekiranya didatangkan sesuatu kalimah yang tidak ditentukan sama ada Muzakkar atau Mu'annath, maka yang dikehendaki di situ ialah Muzakkar. Dan begitulah sekiranya didatangkan sesuatu kalimah yang tidak ditentukan sama ada Ghaibah atau Khitab, maka yang dikehendaki di situ ialah Ghaibah.
Rumuz-rumuz berbentuk kalimah yang menunjukkan kepada kumpulan, didatangkan sama ada sebelum lafaz al-Quran atau selepasnya. Adapun rumuz-rumuz berbentuk harfi yang menunjukkan kepada kumpulan pula, keadaannya adalah sama dengan rumuz-rumuz perseorangan iaitu didatangkan lafaz al-Quran dahulu, kumudian barulah didatangkan rumuz tersebut. Tetapi sekiranya rumuz yang berbentuk harfi tersebut berhimpun bersama rumuz yang berbentuk kalimah, maka ia akan didatangkan sama ada sebelum atau selepas lafaz al-Quran.
Kadangkala disebutkan nama Qari atau gelarannya atau keturunannya untuk memudahkan atau menyempurnakan Bait Qasidah tersebut.
Juga untuk menerangkan atau menisbahkan Qari tersebut kepada keturunannya yang mulia dan baik, sama ada daripada keturunan bapanya atau ibunya.
Terdapat sesetengah Qurra' yang mempunyai satu tajuknya yang tersendiri. Ia terdapat dalam bab-bab usul, seperti bab al-Idgham al-Kabir bagi al-Susi dan lain-lain.
Pada ketika itu akan disebutkan nama Qari atau keturunannya tanpa didatangkan rumuznya.
Sejarah Ringkas Imam Al-Syatibi
Beliau ialam Abu al-Qassim bin Firruh bin Khalaf bin Ahmad al-Ru'aini al-Syatibi al-Andalusi. Dikenali dengan Imam al-Syatibi dan dilahirkan pada tahun 538 Hijrah di sebuah tempat yang bernama 'Syatibah' iaitu salah sebuah perkampungan di Andalus.
Imam al-Syatibi mengambil dan mempelajari ilmu Qiraat daripada Imam Abi al-Hassan Ali bin Huzail al-Balansi. Beliau pula mengambil Qiraat daripada Imam Abi Daud Sulaiman bin Najah, daripada Imam Abu Amru Uthman bin Said al-Dani iaitu pengarang kitab al-Taisir dan al-Dani pula mengambil qiraat daripada Imam Abi Abdullah Muhammad bin al-'As al-Nafazi sehingga sampai sanadnya kepada Nabi Muhammad SAW.
Di samping itu, ramai juga di kalangan Ulama yang telah mempelajari dan mengambil Qiraat daripada beliau. Di antaranya ialah Imam Abu Amru Uthman bin Umar bin al-Hajib, Syeikh Abu al-Hassan Ali bin Hibbatullah bin al-Jumayzi, Abu Bakr Muhammad bin Wadhah al-Lakhmi, Abdullah bin Muhammad bin Abdul Warith bin al-Azraq dan lain-lain lagi.
Beliau meninggal dunia di Mesir pada hari Ahad, bersamaan 8 Jamadil akhir 590 Hijrah, selepas fardhu Asar pada usia 52 tahun. Jenazahnya dikebumikan di sebuah tempat yang bernama "Qarafah al-Sughra" berhampiran dengan kaki bukit Muqattam di Mesir. Kuburnya diketahui dan diziarahi oleh orang ramai sehingga ke hari ini. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atasnya. Amin ya Rabbal 'Alamin.

Sumber Rujukan
Dr Hj Abd Rahman bin Hj Abd Ghani Al-Muqri, 2015.
Buku Syarah Usul Qiraat Matan Al-Syatibiah.
KPIJ Press.
Haji Mohd Nazri bin Abdullah, 2013.
Buku Manhaj Qiraat 10.
Pustaka Salam.
Haji Mohd Nazri bin Abdullah, 2013.
Buku Manhaj Qiraat 10.
Pustaka Salam.
Isi Kandungan
- Sejarah ringkas Imam Al-Syatibi
- Pendahuluan Matan Al-Syatibi
- Bab bacaan Isti'azah
- Bab bacaan Basmalah
- Bab Surah Ummu Quran
- Bab Idgham Kabir
- Bab Idgham pada dua huruf yang hampir sama dan sama jenis dalam satu dan dua kalimah
- Bab huruf Ha' Gantinama
- Bab Mad dan Qasar
Subscribe to:
Posts (Atom)